Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Insiden Pergaduhan di Bandar Hilir : 2 Anggota MBMB Cedera


MELAKA, 6 Apr: Dua anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) cedera selepas ditumbuk oleh tiga lelaki, ketika menjalankan operasi di sebuah pangsapuri di Bandar Hilir dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang itu, anggota berusia 30-an cedera di bahagian badan dan dahi ketika bergelut dengan kumpulan lelaki tersebut di hadapan premis yang disyakit menjadi tempat penyimpanan peralatan perjudian.

Kedua-dua anggota terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru susulan kejadian.

Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan MBMB, Hazudin Hashim, berkata ketika kejadian, anggotanya selesai memunggah 70 set komputer riba yang dirampas ke dalam lori pihak majlis.

"Ketika hendak beredar, tercetus sedikit pergaduhan apabila tiga lelaki menggunakan sebuah kereta cuba menghalang lori MBMB. Insiden kira-kira 45 minit itu turut menyebabkan anggota penguat kuasa cedera ditumbuk di bahu dan dahi," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Operasi terbabit bermula jam 2.30 petang yang membabitkan 30 anggota serta kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan TNB yang bertumpu di empat lokasi sekitar Taman Melaka Raya.

113 unit komputer riba, dua pedang dan parang serta cota dirampas menerusi operasi tersebut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli