Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TMJ Akui Tidak Sabar Hendak Berdebat Dengan KJ


KUALA LUMPUR: Berikutan perkembangan terbaru selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah menyahut cabaran untuk berdebat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui yang baginda kini sudah tidak sabar menanti tarikh tersebut, lapor Berita Harian.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), berkata perbahasan itu yang membincangkan mengenai punca kemerosotan biola sepak negara bukan saja perlu dilakukan secara terbuka di hadapan semua penyokong bola sepak Malaysia, malah dapat disaksikan seluruh negara.

Selain Khairy, TMJ pernah mencabar beberapa individu penting dalam bola sepak negara untuk berdebat termasuk secara langsung di televisyen berkaitan isu kemerosotan bola sepak negara seperti
wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM); jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee; Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan.

"Bola sepak adalah milik rakyat dan mereka mempunyai hak untuk mengambil tahu tentang situasi-situasi yang dihadapi sekarang ini."

"Saya amat menghargai sekiranya mereka boleh membenarkan ramai penyokong bola sepak untuk turut hadir, supaya penyokong boleh bertanyakan secara terbuka mengenai apa-apa soalan yang mereka mahu tanyakan," katanya.

Selain Hairy yang mewakili KBS, presiden PJBSM, B. Sathianathan turut menyatakan kesediaannya dan menyambut baik pelawaan Tunku Ismail sambil menyifatkan cadangan itu sebagai satu tindakan yang wajar untuk dilaksanakan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli