Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tertekan Pedal Minyak Punya Pasal


KUANTAN, 17 Apr: Empat termasuk seorang pekerja sebuah stesen minyak cedera apabila seorang pemandu tertekan pedal minyak keretanya sebelum merempuh dua buah kereta lain di Jalan Sultan Abdullah dekat sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, dalam kejadian 11 pagi tiu, seorang pemandu kereta jenis Proton Waja dikatakan tertekan pedal minyak kerana mengalami masalah tekanan darah rendah.

"Pemandu kereta itu dikenali sebagai Amran Basir, 64 dan berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa diserang tekanan darah rendah sebelum tertekan pedal minyak kereta dipandunya itu. 

"Kereta itu kemudiannya terbabas sebelum merempuh dua kereta lain iaitu kereta jenis PROTON Saga dan PERODUA Myvi yang sedang mengisi minyak di situ," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Empat yang cedera dalam kejadian adalah Amran, pemandu dan penumpang Perodua Myvi, Nor Nasharudin Mohd Nor, 40 dan Safura Ainy Mohamed Taha serta pekerja warga bangladesh.

"Nor Nasharuddin dan Safura Ainy dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, dekat sini akibat mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan dan terseliuh pada bahagian bahu kiri.

"Amran pula dirawat di Pusat Perubatan Kuantan, manakala pekerja stesen minyak berkenaan, Mohsin Taludar, 42, hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli