Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Terperangkap Dalam Kereta? Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa

No Comment

Sekiranya anda terperangkap di dalam kereta yang berkunci, perkara pertama yang anda fikirkan mestilah untuk memecahkan cermin kereta supaya udara dapat mengalir.

Ataupun jika kereta terjunam ke dalam air yang dalam, langkah utama yang perlu dibuat adalah memecahkan cermin kereta secara menyeluruh supaya anda sempat keluar dari kereta tersebut sebelum ia dipenuhi air.

Apabila tiba saat-saat getir ini, penyandar kepala di tempat duduk kereta anda boleh menjadi penyelamat keadaan.

Oleh kerana penyandar kepala sentiasa berada dekat dengan anda, mudah dicabut serta saiznya yang kecil dan panjang, ia sepatutnya menjadi 'alat' pertama yang anda capai untuk memecahkan cermin kereta anda.

Bagaimana Nak Pecahkan Cermin Kereta Guna Penyandar Kepala?

1 - Cabut penyandar kepala dari tempat duduk anda.

2 - Masukkan salah satu batang besinya ke celah cermin (seeloknya di bahagian bucu).

3 - Apabila sudah masuk ke dalam, tarik penyandar kepala itu ke arah dalam dengan kuat dan cermin kereta akan retak seribu sebelum pecah.

4 - Selepas itu, tolak retakan cermin menggunakan penyandar kepala (bahagian kusyen) supaya proses ini lebih cepat & selamat.

Sangat mudah dan cepat kan?

Tonton video di bawah untuk melihat tutorial penuh. Semoga bermanfaat di ketika kecemasan. - Siakapkeli.my

Idea asal : Dari Inbox SK

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli