Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Sedar Barang Kemas RM100,000 Kena Kebas Selepas Ditepuk 3 Kali

No Comment
Razali menunjukkan lokasi isterinya menyerahkan barang kemas kepada dua lelaki terbabit. Gambar kecil: Kandungan yang terdapat dalam sampul surat diserahkan suspek kepada Jamilah.

TUMPAT, 11 Apr - Seorang suri rumah tidak sedar barang kemas yang dipakai hilang ketika membeli belah barangan dapur di pasar tani Kok Majid pada pagi kelmarin sehinggalah dia selesai menunaikan solat Asar pada petang hari yang sama.

Suami mangsa, Razali Semail, 54, berkata isterinya, Jamilah Ismail, 51, ke pasar terbabit seorang diri lebih kurang jam 10.30 pagi.

Menurutnya juga, ketika dia singgah di gerai kuih, bahu isterinya ditepuk tiga kali sebelum diberi salam oleh seorang lelaki berkopiah serta berjubah yang muncul bersama seorang lelaki.

Kata beliau lagi, salah seorang dari lelaki terbabit mengajak isterinya ke sebuah gerai berdekatan untuk berbual serta menawarkan rawatan tradisional.

Berdasarkan apa yang diceritakan isteri saya, dia seperti dipukau dan ikut saja cakap lelaki itu. Dia tak sedar macam mana dia boleh tanggalkan barang kemas dipakai dan menyerahkan kepada dua lelaki itu.

Isteri saya beritahu dia ada terima sampul surat berwarna coklat daripada lelaki itu,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Bagaimanapun, selepas pulang dari pasar tani, Razali tidak mengesyaki apa-apa berlaku pada isterinya kerana di mampu memasak dan melakukan rutin harian seperti biasa.

Selepas isteri saya selesai solat Asar, dia keluarkan sampul surat, dia kata barang kemasnya ada dalam sampul itu tetapi bila dibuka, dalamnya ada tisu, pasir, kayu dan besi.

“Isteri saya pengsan selepas menceritakan apa yang berlaku di pasar tani itu, sekarang ini keadaannya masih trauma,” katanya.



Katanya, Jamilah kerugian lebih RM100,000 berikutan kejadian itu. Dua rantai leher, tiga gelang tangan, dua loket, empat cincin dan dua gelang kaki dilarikan oleh dua suspek tersebut.

Dalam pada itu, adik mangsa, Sarimah Ismail, 42, berkata dia ada ternampak Jamilah berbual dengan dua lelaki yang tidak dikenali di kaki lima di sebuah kedai roti canai.

Kedai itu belum buka, saya nampak mereka bertiga berbual, saya letak motosikal berdekatan kedai itu.

“Selepas saya nampak kakak saya bagi isyarat suruh beredar, saya tinggalkan mereka,” katanya.

Kemudian, Sarimah berkata dia terserempak kembali dengan kakaknya di tapak pasar tani dan terdengar kakaknya itu merungut tidak sempat mengambil nombor telefon lelaki itu kerana mahu berubat.

Kakak saya membeli belah seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku, dia tak sedar barang kemasnya sudah dilarikan dua lelaki itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli