Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suspek Pecah Rumah Zaquan Adha Ditahan



Kota Tinggi: Pihak polis berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah pemain bola sepak pasukan JDT II, Mohd Zaquan Adha.

Ketia-tiga warga tempatan yang berusia 23,29 dan 37 tahun itu ditahan di rumah sewa mereka di Horizon Hills dekat Iskandar Puteri kira-kira jam 1.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, tangkapan itu adalah hasil risikan dan siasatan pihaknya.

"Ketika tangkapan dilakukan, kita turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti alat pemotong besi, pemutar skru, kuku kambing dan spanar.

"Kita turut menemui pelbagai jenis jam serta beg tangan pelbagai jenama, barang kemas dan kamera yang dipercayai antaranya milik Mohd Zaquan Adha," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau juga, pihak polis turut merampas dua kenderaan iaitu Hyundai Tucson dan Peugeot.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli