Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Sah Lucutkan Kesemua Darjah Kebesaran Menteri Besar Terengganu


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dilaporkan sah telah melucutkan kesemua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman., lapor Bernama.

Perlucutan kesemua darjah kebesaran berkenaan telah berkuatkuasa pada Jumaat, 22 April lalu di seperti mana dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu hari ini.

"Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.

"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu," petik kenyataan itu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif  di mana beliau akan menghadap Sultan Mizan berhubung perkara berkenaan esok.

Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli