Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sudah Disamakan Dengan Nora Danish Sejak di Bangku Sekolah Lagi, Ruhainies Enggan Tumpang Nama



KUALA LUMPUR, 5 Apr: Pelakon baru, Ruhainies mengaku dia telah disamakan dengan Nor Danish sejak zaman persekolahannya lagi.

Bagaimanapun, calon akhir Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke 29 ini tetap merasakan dirinya kerdil untuk dibandingkan dengan pelakon popular itu.

Beliau juga menegaskan tidak akan menggunakan ruang untuk menumpang nama pelakon popular itu.

"Sudah lama sebenarnya persamaan ini diperkatakan orang. Malah, sejak di bangku sekolah lagi, ramai menganggap wajah saya macam Nora Danish. Selepas memasuki dunia seni pun, perkara sama masih diperkatakan lagi.

"Pujian itu bagaimanapun terlalu tinggi untuk saya. Nora sendiri ialah idola saya sejak dulu. Nora sangat hebat dan sudah berada pada tahap terbaik dalam kerjaya seninya.

"Langkah saya pula baru saja bermula dan masih banyak lagi pengalaman serta ilmu yang perlu dikutip di arena ini," kata teraju utama Hello Mr Perfect ini - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli