Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tak Perasan Gambar itu Berupa Anjing" - Che Ta


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta menyifatkan isu anaknya memakai baju panas dengan gambar anjing seperti mana yang tersebar di laman sosial hanya perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan oleh netizen.

Menurut Che Ta, dia tidak sedar gambar pada baju itu dan membelinya kerana cantik dan menggunakan fabrik yang selesa.

"Saya tak perasan gambar itu berupa anjing. Ini kerana setiap kali membeli belah, saya akan membeli pakaian dalam jumlah banyak. Jadi, tak sempat hendak membelek setiap satu.

"Budak kecil memakai kemeja-T seperti itu tidak bermaksud apa-apapun. Saya hanya menganggap gambar anjing itu seperti kartun pada baju berkenaan. Come on... Get a life, take it easy! Ia hanya sehelai kemeja-T," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Sebelum ini, Che Ta menjadi bualan apabila memakaikan anaknya, Aaisyah Dhia Rana baju panas yang mempunyai gambar anjing.


Gambar yang dimuat naik di laman Instagram Che Ta itu mendapat kritikan sebahagian netizen yang menyifatkan Che Ta perlu lebih peka dalam memilih pakaian untuk anaknya.

Che Ta berkata dia tidak kisah dengan komen netizen. Malah, dia tidak mempunyai masa untuk membaca setiap komen dalam akaun Instagram miliknya.

"Saya tak ada masa nak baca komen-komen itu. Macam dah tak ada kerja hendak membelek komen pada laman Instagram setiap masa... Biarkan mereka," katanya.  - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli