Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

#Sabah : 77 Sekolah Tutup Esok Berikutan Asap Tebal



Beaufort, 3 Apr: Sebanyak 77 buah sekolah di tiga daerah di sini diarah tutup esok berikutan asap tebal berikutan kebakaran yang berlaku di kawasan tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Maimunah Suhaibul, daripada jumlah itu, 17 sekolah menengah dan 60 sekolah rendah adalah di Beaufort, Kuala Penyu dan Papar.

Dalam lawatan dan pemantauan yang dilakukan hari ini, saya dapati asap tebal berlaku di tiga daerah itu sehingga menyebabkan jarak penglihatan terhad.

"Justeru, saya memutuskan sekolah perlu ditutup sehari iaitu esok atas faktor kesihatan," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Tambah Maimunah, pihaknya akan memantau perkara itu dan penutupan sekolah bergantung kepada keadaan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli