Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Restoran Jawab Viral Kenakan Caj Bilik Aircond RM 10

No Comment

PETALING JAYA, 18 Apr: Sebuah restoran mamak di Bangsar, yang dikecam kerana dikatakan mengenakan caj pendingin hawa sebanyak RM10 kepada pelanggan, tampil menjawab isu berkenaan.

Sebelum ini, viral satu gambar keratan bil yang memaparkan caj pengdingin hawa itu.

Menerusi laporan Sin Chew Daily, pengurus restoran tersebut menjelaskan bil itu adalah kesilapan kakitangannya ketika memberikan bil kepada pelanggan tersebut.

Jelasnya, jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau berjumpa rakan-rakan tanpa memesan makanan atau minuman, maka pihaknya akan mengutip RM10 caj pendingin hawa daripada mereka yang duduk melebihi dua jam di premis berkenaan.

Tetapi, jika mereka ada pesan makanan dan minuman, maka caj itu tidak akan dikenakan.

Sejak bil itu tersebar di Internet, ramai pelanggan datang dan bertanyakan perkara sebenar.

Saya mahu tegaskan, kami tak kenakan bayaran itu. Ini adalah kesilapan pekerja ketika memberi bil itu kepada pelanggan. Kami telah buka bil lain dan tidak kenakan sebarang caj pendingin hawa kepada mereka,” jelasnya sebagaimana lapor FMT.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli