Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rayani Air Tak Boleh Gantung Operasi Sendiri, DCA Akan Keluarkan Surat Gantung Sementara - Liow Tiong Lai

Pejabat jualan Rayani Air tidak beroperasi berikutan tindakan syarikat tersebut menggantung operasinya. Foto : BH Online.

PUTRAJAYA, 10 Apr: Satu surat pengantungan sementara akan dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kepada syarikat penerbangan Rayani Air, esok.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Rayani Air tidak boleh menggantung operasinya sendiri seperti yang dilakukan semalam kerana semua perkara berkaitan operasi penerbangan adalah tertakluk di bawah DCA.

"Kita akan menjalankan audit penuh ke atas Rayani Air dengan segera dan wakil mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli