Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ranking Bola Sepak Malaysia Jatuh Ke Tahap Paling Buruk


KUALA LUMPUR: Ranking keseluruhan bola sepak dunia menyaksikan pasukan bola sepak negara menjunam ke tahap terburuk selepas dilaporkan telah jatuh lagi lapan anak tangga apabila menghuni kedudukan ke-174 dunia berbanding 166 bulan lalu.

Berdasarkan rekod terburuk sebelum ini, Malaysia pernah berada pada kedudukan ke-171 dunia yang dicatatkan pada Januari dan Februari lalu.

Kedudukan ranking dunia terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini juga menyaksikan Malaysia hanya muncul pasukan keenam terbaik Asia Tenggara di belakang Filipina (116), Thailand (119), Vietnam (144), Singapura (148), Myanmar (166) diikuti Timor Leste (175), Kemboja (182), Laos (182), Indonesia (185), Brunei (195).

Dari senarai baru yang dikeluarkan oleh Fifa ini, hanya 3 buah negara Asean yang berjaya memperbaiki kedudukan iaitu bermula dengan Filipina yang naik 19 anak tangga, Vietnam (2) dan Kemboja (1) manakala selebihnya mencatatkan penurunan. Myanmar muncul negara paling terjejas apabila jatuh 12 anak tangga diikuti Brunei (11).

Naib juara Piala Dunia 2014, Argentina memintas Belgium untuk menghuni ranking pertama. Iran pula mengetuai negara lain dalam saingan peringkat Asia di tempat ke 42 dunia, diikuti Australia (50), Korea Selatan (56), Jepun (57) dan Arab Saudi (60). - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli