Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Randy Pangalila Kongsi Rahsia Badan Sado


KUALA LUMPUR, 15 Apr: Pelakon Indonesia, Randy Pangalila cukup berdisiplin menjaga badan dan membini otot di tubuhnya.

Pengamalan diet yang seimbang dan senaman konsistem menjadi rutin hariannya sejak beberapa tahun yang lalu.

Ketika ditemu bual oleh BH Online, Randy berkongsi rahsianya untuk berbadan tegap dan sihat.

"Saya tidak pernah menjadikan soal kesibukan kerja sebagai alasan untuk tidak bersenam. Saya cuba juga mencuri masa untuk melakukannya sekalipun terikat dengan pelbagai komitmen. 

"Saya tidak menganggap penjagaan pemakanan sebagai diet, tetapi ia lebih kepada gaya hidup sihat. Sama juga dengan aktiviti bersenam," katanya.

Selain itu, dia juga berkata sebulan sekali, dia juga mengamalkan 'cheat day' sebulan sekali.

"Selalunya apabila bangun pagi saya akan minum segelas air putih. Kemudian saya akan ambil telur dan epal hijau. Telur itu sama ada direbus atau dalam bentuk separuh masak. Ia juga boleh digoreng dengan menggunakan minyak zaitun dan ditabur sedikit garam. Saya akan makan telur itu dengan sekeping roti gandum bakar. Seterusnya saya minum air kopi atau teh hijau tanpa gula. 

"Enam jam selepas sarapan baru saya makan tengah hari. Dalam tempoh itu saya banyakkan minum air putih atau teh hijau tanpa gula. Selalunya, saya akan memasak hidangan atau menu sihat di rumah. 

"Untuk makanan tengah hari pula, saya ambil apa saja makanan berasaskan protein. Saya memang tidak menyentuh makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, mi dan tepung," katanya.

Pelakon itu juga berkata beliau mengelak dari makan makanan bergoreng.

"Saya selalunya akan makan hidangan seperti ayam bakar, stik, sate ayam tanpa kulit, sup dan ikan bakar. Selepas makan tengah hari, sekali lagi saya tidak menyentuh makanan selama enam jam. Untuk makan malam, saya lebihkan memakan bijiran dengan susu," katanya.

Selain itu beliau juga menjauhkan diri dari makanan manis, coklat, biskut dan air bergula. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli