Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramasamy Seharusnya Dikeluarkan Daripada Negara Ini - Mufti


SHAH ALAM: Berikutan tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang telah menghina Dr Zakir Naik, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan supaya Ramasamy perlu dikeluarkan dari negara ini, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau , gelaran ‘satan’ yang ditulis oleh Ramasamy terhadap Zakir menunjukkan beliau tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.

“Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini,” katanya, semalam.

Selain itu, Harussani menegaskan, permohonan maaf Ramasamy yang dilakukan sebelum ini tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkataan 'satan' sahaja.

“Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.

“Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu larang kedatangan Zakir ke sini?,” katanya.

Pada 12 April lalu, Ramasamy menyatakan rasa kesal dengan tindakannya yang telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’.

Ramasamy mengakui telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ dalam menerusi catatan di Facebooknya, pada 10 April lalu, kerana penceramah itu didakwa memberi ceramah menghina agama lain. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli