Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penjaga Zoo Maut Diserang Harimau Malaya Ketika Sedia Untuk Program Bual Bicara


AMERIKA SYARIKAT: Seekor harimau jenis "Malayan Tiger" yang tiba-tiba mengamuk menyebabkan seorang petugas Zoo Palm Beach, Florida maut selepas diserang haiwan berkenaan, Jumaat lalu.

Wanita berkenaan, Stacey Konwiser, 38, yang merupakan ketua penjaga harimau di zoo tersebut cedera parah selepas diserang di dalam sangkar ketika bersiap sedia untuk sesi bual bicara yang dinamakan 'The Tiger Talk' bersama pengunjung.

Memetik laporan berita CNN, selepas kejadian, Harimau Malaya berkenaan terpaksa dikepung dan ditenangkan oleh petugas zoo yang lain untuk membolehkan pasukan paramedik mendekati mangsa.

Mangsa kemudiannya telah diterbangkan dengan sebuah helikopter ke Pusat Perubatan St.Mary, sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas itu.

Menurut jurucakap pihak zoo, ketika kejadian, Konwiser sedang menjalankan tugasan hariannya seperti biasa dikandang berkenaan dan pihak Zoo kini sedang menyiasat sebab kenapa haiwan tersebut tiba-tiba bertindak ganas dan sehingga kini zoo berkenaan masih ditutup.

Konsiwer yang sudah tiga tahun berkhidmat menjaga kira-kira empat ekor Harimau Malaya di zoo tersebut.


Beliau ternyata sangat menyayangi haiwan tersebut selepas menjadikan gambar harimau itu sebagai gambar Facebooknya dan menyatakan Harimau Malaya itu sebagai ''The newest man in my life." - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli