Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencinta Haiwan Kecam Tindakan Lelaki Bangga Muat Naik Gambar Gantung Anjing Sampai Mati


Gara-gara memuatnaik gambar yang menunjukkan seekor anjing putih digantung sehingga mati, seorang lelaki telah dikecam teruk oleh netizen dan pencinta haiwan.

Lelaki berkenaan yang dipercayai merupakan seorang anggota polis bantuan di Bahagian Keselamatan, Malaysia Airports berdasarkan maklumat di Facebooknya dikatakan menggantung anjing berkenaan sehingga mati kerana anjing tersebut telah menyerang beberapa ekor angsanya.

"Penjenayah dihukum gantung sampai mati," tulisnya di laman Facebook.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dikatakan telah membuang gambar tersebut setelah menerima kritikan teruk dan perbuatannya itu telah tersebar sehingga ke pengetahuan pencinta haiwan.

Selain itu, laman Facebook lelaki berkenaan dipecayai sudah dinyahaktifkan selepas diserang netizen.

Memetik kemaskini di laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue, seorang pencinta haiwan, Puspa Rani telah membuat satu laporan polis.

“Siasatan akan dilakukan di bawah Inspektor Zukhairi yang akan menyoal siasat pelaku, F**** M**** dan segala keterangannya akan diambil berhubung tindakan pelaku yang jelas menzalimi haiwan,” jelas Puspa.

Sebuah petisyen juga telah diwujudkan netizen yang mana mendesak lelaki terbabit dikenakan hukuman yang setimpal akibat tindakannya itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli