Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemuda UMNO Bermesyuarat Dalam Air



BALING, 1 Apr: Perwakilan Pemuda UMNO Cawangan Batu 48 di Bongor terpaksa membuat keputusan untuk mengadakan mesyuarat di dalam sungai har ini berikutan cuaca yang panas membahang yang melanda negeri Kedah ketika ini.

Tindakan tersebut diambil selepas keadaan Dewan Orang Ramai Kampung Batu 48 yang menjadi venue asal Mesyuarat Agung Pemuda UMNO cawangan itu terlalu panas dan kurang selesa.

Lebih 40 perwakilan yang hadir masing-masing membuk akasut dan meyinsing seluar sehingga ke paras lutut untuk duduk di kerusi yang disusun di dalam air di kawasan cetek di sungai terbabit.

Menurut penyelaras mesyuarat, Mohd Azrani Ariffin, ini adalah kali pertama mesyuarat terbbait diadakan di dalam sungai.

"Ini satu kelainan dan melakar sejarah apabila mesyuarat UMNO diadakan di dalam sungai. Berikutan perubahan cuaca yang panas dan air sungai yang cetek, ahli pemuda bersetuju mengadakan mesyuarat itu di sungai berkenaan," katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli