Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemimpin Ajaran Sesat 'Kerajaan Langit', Ayah Pin Meninggal Dunia


TERENGGANU: Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ariffin Muhamad atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin, 74, dilaporkan telah meninggal dunia jam 8.30 malam tadi rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, lapor Berita Harian.

Kumpulan ajaran sesat 'Kerajaan Langit' yang diasaskan oleh Ayah Pin sebelum ini telah disenaraikan sebagai kumpulan agama sesat oleh pihak berkuasa agama di mana mereka menjadikan Kampung Batu 13, Hulu Besut sebagai pusat menyebar idiologi sonsang berkenaan.

Dalam ajaran berkenaan, Ayah Pin telah menggelarkan dirinya sebagai 'tuhan' kepada semua agama yang ada di dunia dengan mendakwa beliau menerima wahyu dari langit dan apa yang diajar atau dilakukannya adalah berasaskan wahyu berkenaan.

Pejabat Tanah Daerah Besut pada April 2005 telah mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.- Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli