Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelakon Dan Pelawak, Mr Os Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal , Mr. Os, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.15 petang ini, lapor Utusan Malaysia.

Berita pemergian arwah ini disahkan sendiri oleh anaknya, Husna Yusof yang memaklumkan perkara berkenaan kepada rakan baik Allahyarham, pelawak Abon.

“Anaknya bernama Husna menelefon dan memaklumkan kepada saya akan berita kematian Mr. Os pada pukul 2.15 petang tadi,” kata Abon kepada Utusan Online.

Menurut anak keduanya, Husna Yusof, 27, jenazah ayahnya akan dibawa ke Surau Al Muhajirin, Kampung Seri Gombak Indah untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Seri Gombak, lewat petang ini.

“Sebenarnya, sejak beberapa minggu lalu, keadaan ayah memang sudah kurang sihat, dia nampak selalu letih tidak bermaya. Kira-kira pukul 10 pagi Isnin lepas, ayah mengadu sakit dada dan meminta dihantar ke hospital. Selepas itu dia ditahan di wad kerana keadaannya memang kurang stabil.

“Kami dapat melihat, kesihatan ayah semakin merosot dari hari ke hari selepas dimasukkan ke hospital dan semakin lemah sejak pagi tadi,” katanya

Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid terkenal menerusi filem Adik, Mr. Os dan Balik Kampung. - Siakapkeli.my



UPDATE


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli