Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pekerja Tabung Haji Terima Ganti Rugi RM67,000 Kerana Lipas Dalam Makanan Hospital

Gambar hiasan

SHAH ALAM, 21 April - Seorang pegawai khidmat pelanggan Lembaga Tabung Haji menerima ganti rugi sebanyak RM67,000 selepas terpaksa melalui pengalaman jijik apabila termakan bahagian kepala dan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya ketika sedang dirawat di sebuah hospital swasta di sini pada Mei tahun lepas.

Akibat dari pengalaman buruk itu, Wan Hailmey Mahrawi, 38, mengalami loya, muntah-muntah, sakit perut dan demam panas.

Nasib Wan Hailmey akhirnya terbela setelah Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan agar Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd, pemilik KPJ Selangor Specialist Hospital (KPJ Selangor) membayar ganti rugi sebanyak RM67,000 selepas membenarkan tuntuan saman yang difailkan oleh plaintif terhadap syarikat itu pada Ogos tahun lepas.

Hakim, G Ramesh berkata Wan Haimey selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya dan justeru tuntutan beliau dibenarkan dengan kos.

Ramesh memerintahkan Wan Hailmey dibayar pampasan sebanyak RM7,000 bagi ganti rugi am untuk sakit perut dengan cirit birit selama lima hari dan RM60,000 bagi ganti rugi teladan.

Dalam penyataan tuntutan, plaintif berkata pada 18 Mei tahun lepas, dia dimasukkan ke KPJ Selangor selama lima hari untuk mendapatkan rawatan kerana masalah cakera teranjak di bahagian tulang belakang yang dialaminya sejak 2006.

Pada 20 mei, plaintif berkata beliau telah disediakan hidangan makanan tengah hari iaitu nasi putih, ikan masak asam pedas serta sayur.

Ketika menikmati hidangan itu plaintif mendapati ada seekor lipas di dalam sayur itu dan beliau termakan bahagian kepala serta kaki lipas tersebut.

Beliau kemudian memanggil beberapa jururawat yang berada di dalam wad untuk menunjukkan lipas itu dan ada antara jururawat yang mengambil gambar lipas itu.

Keesokannya plaintif berkata beberapa pegawai defendan termasuk pengurus operasi, ketua jururawat, chef serta dua individu lain datang berjumpa dengan beliau di wad berkenaan insiden itu.

Menurutnya selepas insiden itu, beliau mengalami muntah-muntah, loya, sakit perut, demam panas, hilang selera makan serta trauma untuk makan nasi dan insiden itu juga memberi kesan buruk kepadanya dari segi fizikal dan mental.

Beliau mendakwa defendan selaku pemilik KPJ Selangor gagal dan/atau cuai untuk memastikan makanan yang disediakan kepadanya selamat dan/atau bersih daripada serangga perosak.  - Siakapkeli.my

Sumber : Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli