Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Padang Sekolah Tiba-Tiba Terbakar



Kangar, 1 April: Hampir keseluruhan padang di Sekolah Kebangsaan Jalan Raya Syed Alwi di sini terbakar dipercayai akibat puntung rokok dan cuaca panas menyebabkan api merebak.

Dalam kejadian yang berlaku 12.30 tengahhari semalam itu, sumber sekolah memberitahu guru di sekolah terbabit sedang bermesyuarat di bilik guru untuk mengadakan pelbagai rancangan ko-kurkulum sepanjang tahun ini.

"Tiba-tiba seorang guru yang sedang melalui jalan berhampiran padang sekolah itu bergegas memasuki bilik bermesyuarat dan memberitahu guru lain mengenai api yang sedang marak di padang," katanya.

Bomba kemudiannya dihubungi sementara 30 oarng guru, murid dan ibu bapa yang tinggal di sekitar kawasan sekolah bertungkus lumus memadamkan kebakaran menggunakan peralatan seperti alat pemadam kebakaran.

"Kebakaran menyebabkan 95 peratus permukaan padang itu menjadi hitam serta jaring sebuah pintu gol bola sepak turut hangus dijilat api namun beberapa peralatan seperti busur dan papan memanah yang berada di padang itu berjaya dialihkan," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli