Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) OKU ini Menangis Dakwa Dikasari Pengawal di Zouk KL, Page FB Kelab Itu Diserang Netizen

No Comment


Kuala Lumpur - Seorang penceramah motivasi, Josh Sundquist mendakwa dia telah dikasari oleh pengawal di kelab terkemuka Malaysia, Zouk KL ketika berhibur di kelab itu baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Youtube, Josh berkata kedatangannya ke Malaysia adalah untuk berceramah di Reach Out Malaysia mengenai dirinya yang hanya mempunyai satu kaki tetapi tidak mengalah dalam hidup.

Difahamkan, Josh kehilangan kaki pada umur 9 tahun akibat dari kanser.


Menerusi video terbabit, Josh berkata dia pergi berhibur di kelab Zouk bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, malam itu menjadi malam yang menyedihkan buatnya apabila dia dikasari oleh pengawal keselamatan kelab itu setelah dia bertindak melompat dan menari di podium, kata Josh.

Dalam keadaan sedih Josh menceritakan seorang pengawal itu menariknya dengan kasar manakala seorang lagi mengambil tongkatnya.

Di dalam video itu juga, Josh mengaku biarpun dia seorang penceramah motivasi; yang cuba menginspirasikan orang ramai dan menyebarkan positiviti; pengalaman seperti ini membuatkannya sedih tidak kira sekuat mana pun dia.

"Anda tahu, apa yang lucu adalah memberi ucapan motivasi hari ini di mana kononnya titik ucapan adalah 'Oh hey, saya mempunyai satu kaki dan saya sudah biasa dengannya dan saya dapat menerimanya', tetapi kira-kira 12 jam kemudian, di kelab ternyata kesakitan itu masih lagi mendalam, "katanya dalam tangisan.



Di laman Facebook Zouk KL, kelihatan deretan reaksi negatif mengenai perkara itu di bahagian reviu.


Setakat ini, video yang dimuat naik oleh Josh itu telah ditonton lebih 24,000 kali setelah dimuatnaik semalam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli