Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Telefon Bimbit Buatan China Meletup Ketika Mahu Jawab Panggilan


Yan 23 April - Seorang tekong bot nelayan melecur di beberapa bahagian badan termasuk di bahagian mukanya apabila telefon bimbit buatan China miliknya yang sedang dicas meletup di rumahnya di Kampung Titi Serong, Jalan Dulang di sini.

Mangsa, Muhammad Syawal Md. Isa, 28, memberitahu, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika dia bersiap untuk turun ke laut.

Sebaik sahaja mendengar de­ringan, saya lantas mengambil tele­fon dan menjawab panggilan itu. 

“Ketika telefon baru diletakkan di telinga, tiba-tiba ia terus mele­tup,” katanya sebagaimana lapor Mingguan Malaysia.

Menurut beliau juga, keadaan itu menyebabkan dia pengsan dan dibawa ke hospital dalam keadaan berlumuran darah akibat kejadian.

Memetik laporan itu juga, difahamkan telefon bimbit buatan China itu dibelinya kira-kira setahun  yang lalu.

Mangsa pada mulanya dibawa ke Hospital Yan namun dipindahkan ke Hospital Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Syawal, dia bersyukur panggilan itu tidak dijawab oleh dua anaknya yang masing-masing berusia 3 dan 4 tahun kerana kebiasaannya mereka yang menjawab telefon.

Sebelum ini saya terbaca me­ngenai kes renjatan elektrik yang berlaku akibat daripada telefon bimbit. Tidak sangka pula perkara hampir sama berlaku kali ini,” katanya.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail dalam satu kenyataan berkata mangsa mengalami kesan terbakar dengan serpihan besi terdapat di bahagian kanan muka, dada serta tangan kanan.

Selain itu beliau juga berkata kornea mata kanan Syawal mengalami luka dan terdapat serpihan bendasing di dalamnya

Selain itu, berlaku pendarahan pada telinga kanan mangsa dengan kesan gegendang telinga yang berlubang iaitu pecah dipercayai akibat kesan letupan,” katanya. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli