Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murid Perempuan Tahun 1 Maut Dipatuk Ular Di Sekolah


Kota Bharu: Seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa maut selepas dipercayai telah dipatuk seekor ular di betis kirinya kira-kira jam 10.30 pagi tadi di perkarangan sekolah, lapor Utusan Malaysia.

Mangsa, Nuri Nadirah Ruslan dilaporkan telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain di Taman Mini sekolah berhampiran kelasnya kerana waktu rehat dan dipercayai telah dipatuk ular.

Sebaik sahaja dipatuk, kanak-kanak itu dipercayai terus melarikan diri masuk kelas sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Menurut ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata, ketika dihubungi oleh pihak sekolah tentang anaknya itu, beliau sedang berada di tempat kerja.

"Saya bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dan melihat anak sudah tidak sedarkan diri," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli