Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murid Darjah Dua Pula Dipatuk Ular



REMBAU, 20 Apr – Seorang murid perempuan darjah dua dari SK Chembong kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban selepas dipercayai dipatuk ular bewarna hitam di padang sekolah tersebut pagi tadi.

Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu mangsa dipercayai terkena patukan ular semasa sedang berlari mengelilingi padang bagi sesi memanaskan badan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Insiden yang menimpa murid berkenaan kini tersebar luas melalui aplikasi Whatsapp.

Sementara itu, menurut pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Rodiah Mohd Jan telah melaporkan insiden berkenaan kepadanya sejurus selepas mendapat maklumat dari sekolah berkenaan.

Tambahnya lagi, pegawai itu telah pun melawat kanak-kanak itu dan dia kini dalam keadaan stabil.

“Kita kini sedang menunggu laporan penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung insiden berkenaan. Berdasarkan laporan awal, murid berkenaan telah terjatuh di padang dan rakan-rakannya ternampak seekor ular berwarna hitam berhampiran murid berkenaan.

“Guru bagaimanapun tidak ternampak ular hitam berkenaan dan segera bertanyakan kepada murid sama ada berasa sakit atau tidak.  Namun murid berkenaan menyatakan tidak sakit dan turut tidak sedar terdapat ular berhampiran dengannya ketika terjatuh.

Rusni berkata lagi, pelajar itu kemudian dibawa ke bilik guru dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Rembau selepas guru tersebut menyedari terdapat perubahan pada wajah murid.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan guru berkenaan memaklumkan kepada keluarga murid dan sebaik tiba di KK Rembau serta dimaklumkan kemungkinan murid berkenaan terkena patukan ular, murid berkenaan dikejarkan ke HTJ menggunakan ambulans.

Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan gigitan dipercayai patukan ular di bawah lutut kanan murid berkenaan.  Bagaimanapun, murid berkenaan kini berada dalam keadaan stabil," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli