Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mr Os, Perginya Allahyarham Ketika Gigih Berdakwah Untuk Agama


Dunia senia negara kehilangan seorang tokoh yang amat disegani apabila pelakon dan pelawak terkenal, Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, atau lebih dikenali sebagai Os yang meninggal dunia semalam.

Pemergian beliau amat dirasai lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang selalu mengikuti perkembangan Allahyarham yang kini bergiat aktif dalam majlis-majlis keagamaan.

Memetik tulisan Sinar Harian, pelbagai luahan dari tokoh ilmuan dan agamawan menceritakan kebaikan Allahyarham Mr Os.

"Boleh dikatakan tiada yang tidak mengenalinya suatu masa dahulu, ALLAH menyayanginya, berubah di penghujung hidupnya bersama Islam, berada di medan dakwah, seminggu yang lepas saya berforum bersamanya. Kematian yang moga diredai di sisiNYA, Amin," tulis Pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di laman Facebooknya buat arwah.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan, beliau turut mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mukmin.

"Semoga dirimu damai di alam barzakh menuju redha ALLAH.

"Buat Puan Rahayu dan seluruh isi keluarga, kami ucapkan takziah dan bersabar atas ujian ALLAH.

"Perginya Mr Os satu kehilangan bagi kami setelah menyaksikan mutakhir ini beliau sangat gigih berdakwah meskipun terpaksa bergelut dengan derita yang beliau alami. Sekali lagi kami doakan agar ruh Al Marhum ditempatkan dikalangkan hamba ALLAH  yang soleh dan muqarrabin,"katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas Idris Ahmad juga menceritakan kisah Allahyarham yang turut membantu parti itu ketika menghadapi saat mencabar.

"Al-Fatehah, semoga roh Saudaraku Os dicucuri rahmat oleh ALLAH. ALLAH  menjemputnya pada hari Jumaat. Beliau membantu Pas ketika Pas diserang daripada berbagai sudut. Di akhir hayatnya rajin hadir ke majlis ilmu di masjid dan surau. Sesungguhnya ALLAH  menilai amal di akhir hayat manusia," katanya.

Os meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Selayang di sini kira-kira jam 3 petang Jumaat (semalam), jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permata, Seri Gombak, petang semalam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli