Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mangsa Histeria Kongsi Detik Diganggu 'Semangat Gelap'



Kelantan - Hari ini SMK Pengkalan Chepa 2 sudah beroperasi seperti biasa biarpun masih lagi kedengaran jeritan-jeritan histeria dari bilik darjah sekolah berkenaan.

Portal mStar hari ini melaporkan bahawa mereka difahamkan seorang bomoh Cina dan Perak dan pasukannya telah memasuki kawasan sekolah itu untuk membantu situasi.

Baca : Lepas 3 Hari Tutup, Histeria Masih Berterusan di SMK Pengkalan Chepa

Wartawan Harian Metro, Muhamaad Razis Ismail dan Jurugambar Syamsi Suhaimi sebelum ini berkesempatan menemu bual mangsa dan menyelami perasaan mereka diganggu.

1. Mangsa histeria, pelajar SMK Pengkalan Chepa 2, Nik Nor Awadah Rohairul, 15.

“Ketika itu (Isnin) saya belajar dalam kelas, tiba-tiba terdengar pelajar menjerit dan ia seperti berjangkit kepada orang lain.

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila semakin ramai meracau dan menjerit sebelum kami semua diminta berkumpul di surau sekolah.

Tidak semena-mena saya berasa sangat takut dan jadi lemah. Saya juga ikut menjerit tidak berhenti sebelum menyedari ada guru dan rakan menenangkan.

Saya ingat, dua kali saya diserang dan kali kedua pada Rabu. Ada rakan nampak lembaga hitam di kawasan kelas dan tandas perempuan, tapi saya tak nampak.

Cuma saya merasakan ‘benda’ itu berada berhampiran dengan saya ketika itu. Tapi Alhamdulillah ustaz datang membantu dan saya semakin pulih.”

2. Ibu Nik Nor Awadah, Nik Sunizan Nik Shafik, 44.

“Sebagai ibu sudah pasti saya terkejut selepas dimaklumkan anak diserang histeria.

Sebaik dimaklumkan guru, saya terus ke sekolah untuk mengambilnya pulang, tetapi terkejut apabila lihat ramai pelajar dan guru menjerit.

Takut juga, tapi keadaan anak lebih penting. Ketika saya menemuinya, dia semakin pulih selepas dibantu ustaz.

Pada Selasa, saya bekalkan lada hitam kepada anak saya sebagai ‘pelindung’ selain berpesan kepadanya sentiasa membaca ayat suci al-Quran dan menjaga kelakukan.

Cuma pada Rabu, dia sekali lagi diserang, sekali gus membuatkan saya semakin resah. Mujur ia tidak seteruk kejadian pertama.

Harapan saya pihak sekolah dapat lakukan sesuatu supaya perkara sama tidak berulang kerana ia boleh mengganggu pelajaran pelajar di sekolah berkenaan.

Saya yakin sekolah akan buat yang terbaik dan berharap sesi persekolahan Ahad ini berjalan seperti biasa.”

3. Guru Pendidikan Jasmani SMK Pengkalan Chepa 2 Norlelawati Ramli, 32, yang hampir histeria.

“Selepas cuba menenangkan seorang pelajar yang histeria di tingkat empat, saya rasa tidak sedap hati sebelum tangan tiba-tiba menjadi berat.

Serentak itu kelibat lembaga hitam tiba-tiba melintasi pandangan dan saya terasa seperti ditarik. Saya segera membaca ayat Kursi dan tidak lama kemudian ‘dilepaskan’.

Saya tidak menjerit, tetapi tiba-tiba hati saya sedih sangat dan menangis. Ini pengalaman pertama saya melalui kejadian begini.”

4. Guru Kimia SMK Pengkalan Chepa 2 Kamariah Ibrahim, 48, yang hampir dirasuk.

“Ketika menenangkan pelajar, saya terasa seperti ada sesuatu cuba masuk ke dalam badan saya.
Saya tiba-tiba rasa meremang dan kebas di pipi sebelum dikerumuni beberapa rakan membacakan ayat Kursi.

Saya tidak meracau, tapi menangis tidak berhenti selama sejam ketika terdengar surah Yassin sebelum tenang kemudiannya.”

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli