Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mampu Pakai Kereta Toyota Camry & Tunai Umrah, Ini Nasihat Tukang Kasut Berjaya Kepada Belia



KUCHING – Siapa sangka, benda yang bermula sebagai hobi membaiki kasut lama-kelamaan menjadi minat bagi seorang tukang kasut dan akhirnya memberi pulangan yang lumayan untuknya.

Seorang tukang kasut di RH Plaza di Jalan Lapangan Terbang Kuching, Jamaluddin Hamdan, 49, berkata dia puas berkhidmat untuk masyarakat biarpun khidmatnya itu dipandang hina oleh sesetengah pihak.

Saya kerja sebagai tukang kasut ni sebab nak tolong orang, yang pertama sebab nak tolong diri sendiri (cari duit) sebab ia merupakan hobi yang mempunyai pendapatan.

“Contoh macam hobi memancing tak ada pendapatan, kalau ada duit banyak tak kisah sebab dengan kerja macam ini ada ‘income’ dan (paling penting) boleh tolong orang sebab kalau kasut (terutama jenama mahal) rosak sikit tak akan nak buang kalau kaya tak kisahlah,” katanya ketika ditemui SuaraTV baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, Jamaluddin yang sudah 8 tahun bekerja sebagai tukang kasut kini mampu memiliki kereta mewah Toyota Camry 2.0 dan pergi menunaikan umrah bersama isteri.

Rezeki Allah yang bagi (yang penting) kena solat, terutama solat sunat Dhuha antara Subuh dan Zohor mohon agar rezeki dimurahkan.

Jamaluddin juga turut berkata, tidak akan rasa nikmat rezeki yang diperoleh jika kita tidak menunaikan solat dengan  sempurna.

“Kerja macam mana pun tapi kalau tak solat rezeki yang diperolehi tidak akan rasa nikmat sebab kalau kita tinggal satu waktu (solat) akan rugi seribu waktu yang penting mohon pada yang Esa dan kita jangan sombong dan bongkak,” katanya lagi.

Selain itu, Jamaluddin juga menasihati golongan belia khususnya supaya tidak terlalu memilih kerja kerana apa yang penting adalah sumber yang halal.

Tukang kasut ni kadang-kadang orang tak pandang sangat, ada yang pandang semacam (sebab itu) budak-budak sekarang lebih suka lepak dekat kafe rata-rata tak nak kerja kotor macam ini.

“Mungkin kerana mak (dan) bapa mereka dari kalangan orang senang, jadi mereka pagi buka tangan (minta duit) ayah bagi, petang buka tangan mak bagi jadi sebab itu mereka (anak) rasa tak payah kerja.

“Kalau nak kata kotor memang laa kotor, mungkin sebab itu remaja zaman sekarang malu kerja macam ini,” katanya lagi sebagaimana lapor SuaraTV.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli