Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Macam Mana Tesis Kami Boleh Ada Dalam Repositori UiTM? - Graduan Universiti di Britain


PETALING JAYA, 29 Apr: 15 graduan dari University of Bath menuduh Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencuri harta intelek setelah mereka mendapati kertas tesis MBA mereka telah dimuat naik di UiTM Instituitional Repository (UiTM IR).

Kesemua graduan itu, dari empat kumpulan graduan 1994 Bath Excutive Masters of Business Administration (MBA) - Malaysian Institute of Management (MIM) programe, mendakwa tesis itu telah digunakan tanpa kebenaran mereka.

Sam Than, graduan pertama yang menyedari hal itu, berkata dia terjumpa pautan ke repositori itu ketika membuat carian maklumat di Google.

Konsultan berusia 58 tahun itu, yang menyelesaikan kertas tesis berkumpulan untuk MBAnya pada 22 tahun lepas, mendapati kertas itu dimuat naik di IR UiTM.

"Apa yang lebih membingungkan adalah bahawa tesis kami mempunyai logo UiTM dan tanda hak cipta di atas kertas mereka.

"Dalam previu, anda boleh melihat logo UiTM yang jelas diletakkan di bahagian depan laman projek, memberi gambaran seolah-olah kami telah berkolaborasi dalam tesis dengan UiTM atau di bawah naungannya," katanya pada Jumaat.

Than turut mendakwa tiga lagi kumpulan dari programnya mendapati kertas tesis MBA Bath milik mereka turut berada di dalam repositori itu.

"Saya telah memeriksa dengan rakan sekelas saya dan pentadbir MIM sebelum ini jika mereka memberi kebenaran kepada UiTM untuk memuat naik kertas tesis itu dan tuntutan hak cipta"

"Selepas itu, saya menghantar e-mail kepada UiTM menanyakan mengapa ia dimuat naik ke repositorinya dan mereka membalas dengan memberitahu saya bahawa tesis itu telah diturunkan dari repositori itu," katanya.

Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengarahkan siasatan segera terhadap dakwaan plagiarisme dilemparkan terhadapnya, kata Naib Canselor Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

"Repositori UiTM mempunyai peraturan yang terkenal dalam penyingkiran serta-merta apa-apa bahan diciplak." kata Dr Hassan dalam satu kenyataan akhbar pada malam Jumaat. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli