Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Luahan Hati CEO Rayani Air Selepas Syarikatnya Digantung Penerbangan Sementara


SHAH ALAM: Berikutan pergantungan sementara selama tiga bulan syarikat penerbangan Rayani Air oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), CEO syarikat penerbangan berkenaan,Ravi Alagendrran,  telah meluahkan rasa sedihnya.

“Sedih… Tentulah saya rasa sedih. Ini syarikat yang saya dan isteri usahakan selama ini,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian berikutan situasi terkini yang melanda syarikat penerbangan miliknya yang dikatakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Menurut Ravi, dia dan isteri sudah sembilan tahun berhempas pulas untuk memastikan Rayani Air berada pada kedudukannya, dengan perkembangan terbaru ini, beliau tidak akan berputus asa, sebaliknya beliau akan terus berusaha membangunkan semula syarikat penerbangan tersebut.

“Masalah Rayani Air berpunca daripada kegagalan dua pesawat untuk berfungsi pada musim cuti sekolah lalu, penerbangan yang dijadualkan terpaksa ditunda dan sebagainya."

"Kerana insiden itu, penumpang dan pelanggan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan Rayani Air," katanya.

Selain itu, faktor insiden-insiden ini telah disebarkan di laman sosial serta banyak spekulasi yang dibangkitkan menyebabkan kredibiliti syarikat terjejas teruk.

“Keadaan semakin meruncing apabila juruterbang kami mula mogok tidak mahu terbangkan pesawat dan ia menyebabkan pelabur menarik diri daripada syarikat kami.

“Bagaimanapun kami sedar apa yang sedang berlaku dan kami sentiasa mengambil peluang untuk memperbaiki kelemahan kami,” katanya lagi.

Ravi menjelaskan, walaupun operasi Rayani Air dihentikan sementari waktu, syarikatnya itu kini sedang giat mengambil langkah-langkah pemulihan segera bagi memastikan Rayani Air kembali beroperasi.

“Kami sudah bekerjasama dengan syarikat pelaburan baharu dan buat masa sekarang, ia masih di dalam perbincangan. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi.

“Tetapi kami akan buat yang terbaik dan akan maklumkan keputusannya dalam masa seminggu lagi,” katanya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. xpe bos, org yg berjaya selalunya dia akan jatuh dahulu..

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli