Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lepas Tutup 3 Hari, Histeria Terus Berlaku di SMK Pengkalan Chepa

Foto : ST Foreign Desk
KOTA BHARU: Sehingga ke hari ini, suara jeritan masih lagi kedengaran dari arah bilik darjah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 biarpun sekolah itu ditutup selama 3 hari dari Khamis lalu untuk memberi ruang kepada bomoh, ustaz dan pengamal perubatan tradisional 'merawat' histeria yang melanda sekolah berkenaan.

Portal mStar melaporkan, semua pintu pagar di sekolah tersebut ditutup kepada pemberita pada Ahad namun suara jeritan dan laungan yang kedengaran menyebabkan wartawan dan jurugambar yang berkampung di hadapan sekolah itu terkejut.

Pihak sekolah telah mengadakan sesi membaca al-Quran selama dua jam dan mengadakan solat jemaah dengan pelajar.

Selain itu, portal mStar juga berkata mereka difahamkan seorang bomoh Cina dan Perak dan pasukannya telah memasuki kawasan sekolah itu untuk membantu situasi.

Kira-kira pukul 11.30 pagi, lebih banyak jeritan dan teriakan kedengaran dan percubaan pihak media untuk masuk ke sekolah tidak berjaya.

Sejak dari Isnin hingga Rabu lalu, lebih 100 orang pelajar perempuan dan lelaki serta guru dikatakan terkena histeria sehingga sekalh terbabit ditutup sementara bagi mengelakkan lebih ramai pelajar dirasuk.

Sementara itu, Harian Metro menerusi Twitter melaporkan, JPN Kelantan berkata sesi persekolahan di sekolah itu berjalan seperti biasa.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli