Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Maut Motosikal Dilanggar Lori, Dipercayai Akibat Dendam



Taiping, 25 Apr : Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dinaikinya dirempuholeh sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki yang mahu membalas dendam dalam kejadian di Larut Tin Sambungan, Pokok Assam dekat sini semalam, lapor Harian Metro.

Mangsa, 25, dikatakan menunggang motosikal bersama seorang rakan yang mengalami kecederaan akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah, saksi yang berada di tempat kejadian memaklumkan pemandu lori merempuh motosikal mangsa sebelum melarikan diri.

"Soal siasat yang dijalankan mendapati sebelum dilanggar, mangsa terbabit dalam satu pergaduhan yang menyebabkan saudara pemandu lori berkenaan cedera akibat ditetak.

"Kita percayai mangsa sengaja dilanggar oleh suspek berusia 46 tahun kemungkinan bermotif membalas dendam," katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli