Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Kejar 3 Sahabat Guna Parang Hingga ke Balai Polis Sebelum Ditembak



Hulu Selangor, 4 Apr: Seorang lelaki yang dipercayai seorang ahli kongsi gelap bertindak gila dengan mengejar tiga lelaki hingga ke Balai Polis Serendah di sini.

Lebih memeranjatkan, lelaki berkenaan turut cuba menyerang mereka di dalam balai polis dalam kejadian malam tadi.

Anggota polis yang pada mulanya melepaskan tembakan amaran terpaksa melepaskan satu lagi tembakan ke arah lutut lelaki berkenaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira 10.50 malam itu.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, sebelum itu lima sahabat yang melepak di kedai makan didatangi 20 lelaki yang menyerang mereka dengan menggunakan parang, topi keledar dan kayu hoki.

Kata beliau, 20 lelaki yang dipercayai anggota kongsi gelap itu menetak dua dari lima sahabat tersebut.

"Tiga lelaki yang terselamat sempat melarikan diri ke Balai Polis Serendah untuk membuat laporan tetapi seorang daripada kongsi gelap yang bersenjatakan parang itu mengejar mereka sehingga ke balai polis.

"Polis meminta lelaki bersenjatakan parang itu beredar dan melepaskan satu das tembakan amaran tetapi dia enggan beredar.

"Suspek terus cuba menyerang menyebabkan polis melepaskan tembakan kedua dan mengenai lutut suspek. Suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya.

Polis telah menahan 29 lelaki berusia antara 24 hingga 33 tahun untuk membantu siasatan. Sebilah parang yang digunakan untuk menyerang mangsa di balai terbabit turut dirampas.

Motif pergaduhan masih dalam siasatan - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli