Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Laporan 1MDB WSJ Tercalon Untuk Hadiah Pulitzer



19 Apr - Siri artikel yang diterbitkan oleh portal The Wall Street Journal (WSJ) mengenai skandal kewangan 1MDB berjaya dicalonkan untuk kategori laporan antarabangsa bagi hadiah Pulitzer, kata portal tersebut.

"Liputan kami 'Watergate Malaysia' # 1MDB adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dalam kategori laporan antarabangsa," tulis WSJ dalam tweet pagi ini.

Laman web rasmi Putlizer berkata, WSJ telah mengemukakan siri artikel yang disiarkan antara Julai dan Disember tahun lalu - ditulis oleh Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookwood.

Penulis-penulis tersebut diberikan kredit bagi hasil kerja yang disifatkan sebagai "laporan cemerlang dalam mendedahkan korupsi di peringkat tertinggi di demokrasi yang rapuh, membawa kepada Watergate Malaysia", lapor Malaysiakini. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli