Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tauke Kedai Berani Hentak Kepala Penyamun Berpistol


KLANG, 29 Apr - Seorang penyamun bertindak melepaskan beberapa das tembakan rambang selepas gagal menyamun sebuah kedai telekomunikasi dalam kejadian di Jalan Meranti Putih, Taman Desa Permai 2 di sini hari ini.

Sinar Online melaporkan, dalam kejadian 4.30 petang itu, suspek datang ke premis sendirian dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC dengan tujuan kononnya ingin membeli telefon bimbit.

Suspek kemudian menunjukkan pistol kepada pemilik kedai dan mengugutnya menyerahkan wang selain mengarahkan beberapa pelanggan duduk.

"Selain itu, suspek telah mengarahkan pemilik kedai berusia 50-an itu untuk mengeluarkan telefon bimbit yang diletakkan di rak pameran

"Ketika suspek yang cuba untuk mengambil telefon bimbit itu, pemilik kedai telah menghentak kepala suspek di rak pameran hingga menyebabkan suspek melepaskan satu das tembakan," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat.



Suspek kemudian cuba melarikan diri namun dikejar pemilik kedai dan berlaku pergelutan.

Kata Yusoff lagi, seorang pelanggan turut membantu menangkap suspek.

Insiden itu juga menyebabkan suspek sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan hingga hampir mengenai seorang kanak-kanak yang berada berhampiran lokasi kejadian


"Suspek berjaya ditangkap dan polis telah merampas sepucuk pistol jenis Colt .45

"Siasatan dapati suspek berusia 44 tahun, datang dari Sungai Buloh dan mempunyai kes dikehendaki bersabit kes samun di Rawang selain turut memiliki empat rekod samun," katanya lapor Sinar Online.



Kes disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli