Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Perempuan Dilarikan Wanita Warga Indonesia Ditemui Selamat


SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berumur yang dilaporkan hilang sejak semalam dipercayai dilarikan oleh seorang wanita warga Indonesia di SS19 telah ditemui selamat, lapor Sinar Harian.

Mangsa, Putri Nurkyra Izam Abdullah telah ditemui di masjid Al Rahman di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 malam tadi oleh seorang anak kariah.

Mereka dipercayai masuk ke masjid apabila gagal untuk menempah hotel kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Ketika ditemui mangsa kelihatan ceria namun keletihan kerana kelaparan kerana hanya mengambil sarapan pagi.

Saya hanya makan pagi tadi (kelmarin) tapi saya ok,” katanya kemudian diiringi ibu bapanya dan pegawai polis ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, ketika ditemui mengsa dilihat berlegar-legar di dalam masjid bersama suspek sebelum anak kariah berkenaan mendekati dan mengecam wajah kanak-kanak itu seperti yang dilaporkan hilang di media.

Menurut Azlin, pihak polis Jalan Pantai yang dihubungi telah berjaya memberkas suspek manakala kanak-kanak itu dibawa pulang ke pangkuan keluarganya.

Berdasarkan pemeriksaan, tiada sebarang kecederaan yang ditemui pada tubuh badan mangsa, hasil siasatan awal mangsa didapati rela mengikut suspek.

“Suspek tidak melawan ketika ditahan, polis akan siasat kes ini sebagai penculikan,”katanya.

BACA: Polis Buru Warga Indonesia Disyaki Larikan Budak 12 Tahun

Sebelum ini, keluarga berkenaan dilaporkan telah berbesar hati menumpangkan wanita warga Indonesia berkenaan bermalam dirumah mereka namun ianya berakhir dengan malan apabila seorang daripada anak keluarga itu hilang dipercayai dilarikan suspek. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli