Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jumpa Harta Karun Zaman Rom Belakang Rumah

No Comment


AARGAU - SWITZERLAND - Seorang petani menemui lebih dari 4,000 syiling purba yang dipercayai milik kerajaan Rom pada zaman dahulu di belakang rumahnya di Ueken.

Laporan dari CNN menyatakan, selepas satu operasi cari gali dijalankan, sebanyak 4,166 keping syiling perak dan tembaga dijumpai.

Kesemua syiling itu dianggarkan berumur kira-kira 1,700 tahun.

Ahli arkeologis, George Matter menyifatkan penemuan itu sesuatu yang menakjubkan.

Menurut George, harta karun itu berasal dari zaman Maharaja Aurelian pada tahun 274 dan Maharaja Maximian pada tahun 294.

"Dalam bidang arkeologi sendiri, tak sampai 2,500 syiling dijumpai. Kali ini, kita menemui lebih dari 4,000. Penemuan ini sangat unik," jelas George sebagaimana lapor Sinar Online.

Oleh kerana petani yang menemui syiling tersebut membuat keputusan untuk tidak menyimpannya, maka pihak muzium Vindonissa de Brugg membersihkan dan mempamerkan syiling tersebut di muzium - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli