Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jika Nak Bantah Ceramah Dr Zakir Naik, Datang Ke Majlis Cara Intelek," Pesan Dr Asri Kepada Hindraf


SHAH ALAM: Berikutan beberapa pihak termasuk Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) yang membantah kehadiran penceramah pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik untuk mengadakan ceramah umum minggu depan, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan mereka ini datang secara intelek ketika sesi soal jawab.

“Saya belum pernah dengar ucapan beliau mengajak kepada permusuhan antara agama. Beliau hanya bercakap tajuk perbandingan antara agama. Bicara beliau bersifat ‘intelectual discourse’.

“Jika Hindraf (Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu) ataupun kumpulan yang menamakan diri mereka Aswaja (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak setuju, mereka mungkin boleh hadir dan bantah secara intelek semasa sesi soal-jawab,” katanya di laman Facebook.

Menurut Dr Asri lagi, Hindraf sudah terkena sindrom puak dalam masyarakat muslim yang suka menuduh orang lain bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah sedangkan pertubuhan berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

"Hindraf beragama Hindu, apakah pulak kaitan mereka dengan aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah? Maka tidak pelik jika dalam kalangan muslim ada kelompok bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah tetapi menuduh orang lain bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah," tegas Dr Asri.

Hindraff sebelum ini telah mendesak kerajaan untuk membatalkan program yang melibatkan  Dr Zakir Naik termasuk melarangnya memasuki negara ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli