Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Muda Sedang Mengandung Lima Bulan Maut Langgar Lori


Nibong Tebal: Seorang wanita berumur 23 tahun sedang mengandung 5 bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan di jalan Tasek-Valdor, Nibong Tebal di sini, 10.30 pagi tadim lapor Harian Metro.

Mangsa Shahrul Husna Ahmad maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya telah merempuh belakang sebuahlori tanah yang berhenti di atas jalan menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh kereta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, SuperintendanAbdul Shafee Abdul Samad berkata, ketika kejadian lori yang dipandu oleh Lye Chin Leong,36, telah berhenti selepas sebuah lagi lori di hadapannya membelok ke kanan.

"Mangsa telah cuba mengelak dari melanggar lori berkenaan namun gagal menyebabkan mangsa telah merempuh bahagian kanan lori menyebabkan dia tercampak ke laluan bertentangan.

"Mangsa kemudian dirempuh kereta di laluan berkenaan menyebabkan dia parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi tujuan bedah siasat dan kandungannya gagal diselamatkan," katanya.

Abdul Shafee berkata, kedua-dua pemandu kereta dan lori sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pemgangkutan Jalan 1987. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli