Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gangguan Misteri Selubungi Penduduk di Sungai Nibong

Kamarulzaman mendakwa mereka sekeluarga dihantui bunyi dengkuran berdekatan kawasan rumahnya.

SUNGAI BESAR - Penduduk di Kampung Batu 23 Sungai Nibong mendakwa mereka terpaksa mengharungi gangguan misteri sejak tiga minggu lalu.

Lebih menakutkan, ada yang mendakwa ketika sedang menunggang motosikal seorang diri di tengah malam, tiba-tiba ada benda berat yang membonceng dibelakang.

Ada juga penduduk yang mendakwa sering diganggu pocong di simpang jalan dan belakang tandas selain mendengar bunyi dengkuran di belakang rumah apabila malam tiba.

Terserempak Dengan Lembaga Kain Putih

Salah seorang penduduk, Mohd Hafiz Ridzuan, 25, berkata dia pernah terserempak dengan lembaga berkain putih seperti pocong yang berdiri di tepi pokok jenjarum ketika menunggang motosikal sendirian.

Menurutnya lagi, dalam kejadian kira-kira 10 malam Rabu lalu itu, dia ingin pulang ke rumah yang terletak hanya 100 meter dari tempat kejadian.

Lepas solat Isyak di masjid, saya jumpa kawan-kawan... tapi sebaik nak belok ke simpang empat balik ke rumah, saya nampak ada lembaga berkain kafan dengan kesan tanah. 

"Kecut perut saya... cuba juga pecut motosikal tapi rasa berat sangat macam ada makhluk yang duduk di belakang," katanya.

Mohd Hafiz menunjukkan lokasi dia menjumpai lembaga berkain putih berdiri di tepi pokok jenjarum ketika dia menunggang motosikal.
Sejak peristiwa itu katanya, dia tidak lagi berani pulang lewat malam.

“Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya masa tu. Saya terus masuk rumah tanpa toleh ke belakang,” kata Hafiz yang turut berkata dia tidak lagi berani pulang lewat malam sejak dari itu.

Dengkuran misteri

Seorang penggali kubur, Kamarulzaman Mat Zin, 43, berkata dia dan kelurga pernah mendengar bunyi dengkuran kuat di rumahnya selama tiga hari berturut-turut pada minggu lalu.

Lebih menakutkan, bunyi dengkuran itu bukan berbunyi sekilas saja, tetapi akan kedengaran bermula jam 10 malam hingga 3 pagi.

Bunyi dengkuran tu lama sangat dan memang menakutkan kami. Lagipun, sepanjang duduk sini, tak pernah ada gangguan macam ni.

"Tapi kejadian ni memang buat hidup kami bercelaru," katanya.

Tambahnya juga, ada penduduk yang datang ke rumah beliau untuk menyaksikan sendiri kesahihan cerita itu namun mereka yang berada di luar tidak mendengar suara pelik tapi yang berada di dalam rumah mendengar suara itu dengan jelas.

Ada beberapa penduduk yang masuk dalam rumah saya cakap memang dengar bunyi suara, tapi di luar tak dengar pula bunyi," katanya.

Makhluk Berbungkus Kain Putih

Seorang penduduk, Zainab Mat Zin, 52, berkata dia pernah ternampak satu kelibat makhluk berbungkus kain putih ketika ingin membuang air di tandas di belakang rumahnya.

Saya nampak depan mata sendiri... masa tu saya minta anak lelaki teman ke tandas, tapi saya tak nak cakap apa-apa masa tu sebab risau anak takut.

“Bila masuk semula ke rumah, saya jadi takut sebab dengar bunyi suara kuat dari luar rumah,” katanya.

Temui Longgokan Kain Putih

Bagi Baharudin Mat Zin, 48, penemuan longgokan kain putih berhampiran pokok buluh ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sehingga kini masih menjadi misteri.

Lepas balik dari laut saya terus ke rumah... masa tu saya nampak banyak kain putih atas jalan.

"Tapi bila saya lalu jalan itu esoknya, kain itu dah tak ada,” katanya.

Temui makhluk tanpa kepala

Hamid Arshad, 73, pula berkata, walaupun tidak menjadi mangsa gangguan itu, namun dia mengakui kali terakhir menemui makhluk tanpa kepala ketika pulang dari masjid Disember tahun lalu.

"Saya sampai demam dua minggu... saya tak boleh makan dalam 19 hari sejak jumpa makhluk tu. Pernah juga saya ditumpang makhluk halus menyerupai isteri naik motosikal.

“Sampai di rumah, dia ikut tepi rumah tapi bila saya masuk isteri ada di dalam. Tapi misteri gangguan kali ni, nampaknya lebih ngeri dari apa yang saya jumpa dulu,” katanya


Pesanan Nazir Masjid

Sementara itu, Nazir Masjid As-Sirat Batu 23 Sungai Nibong, Sakip Mansor meminta orang ramai tidak mudah percaya cerita terjumpa makhluk halus yang tersebar.

Kiita tak nafikan kewujudan makhluk halus tapi jangan terlalu mudah percaya cerita khurafat sebegini dan jangan sebarkan cerita tu dengan mengaitkan nama individu tertentu sebab dikhuatiri timbul fitnah dan aib,” katanya.

Saya harap, isu ini reda dan tidak lagi diperbesarkan, kuatkan iman dan bersandar kepada ALLAH,” katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli