Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Jual Bir Di Pawagam, GSC Jamin Hanya Dijual Untuk Orang Dewasa Dan Bukan Islam


Pihak pengurusan pawagam GSC hari ini telah tampil memberi jaminan bahawa mereka akan hanya menjual bir kepada orang dewasa dan bukan Islam dari cawangannya, lapor Malaysiakini.

Pihak GSC tampil membuat kenyataan berkenaan selepas Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) telah membuat aduan berikutan terdapat jualan alkohol di pawagam itu di mana menurut persatuan berkenaan ia boleh menggalakkan tabiat meminum minuman keras di kalangan pengunjung dan mereka di bawah umur.

"Jualan ini hanya dihadkan kepada pengunjung dewasa di GSC Perdana dan Gold Class lounge.

"Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, pawagam kami mematuhi undang-undang tempatan dan tidak menjual bir kepada orang Islam dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun," katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini.

Ia menambah bahawa para pelanggannya "datang dari semua lapisan masyarakat".

"GSC sentiasa berusaha memastikan pawagam kami terbuka kepada semua kerana kami percaya dalam memberikan nilai yang besar dan suasana yang selesa untuk semua orang bagi menikmati keajaiban filem pada skrin besar," katanya.

Minggu lalu, Timbalan Presiden PHA P. Murugiah melalui NGO Persatuan Hindu Pulau Pinang telah mengadu kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu.

"(Kami mahu) tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penjualan arak di pawagam," katanya. - Siakapkeli.my






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli