Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Gabi", "Merarau, "Cicipan" Perkataan Baru Dalam Bahasa Melayu?

No Comment


27 Apr - Kini, sedang heboh dibicarakan di media sosial tentang satu keratan gambar yang memaparkan beberapa perkataan iaitu "Gabi", "Kudapan", "Cicipan" dan "Merarau", yang dipercayai orang ramai bakal menggantikan beberapa perkataan dalam bahasa melayu.

Keratan gambar itu tersebar di media sosial Twitter dan Facebook.



Perkataan-perkataan 'baharu' itu mendapat pelbagai respon, termasuk respon melucukan dari orang ramai.


Laman Facebook The Patriots pula mengatakan antara perkataan baru itu diambil dari bahasa Iban.

"DBP cuba mengkayakan bahasa dengan menggunakan perkataan-perkataan kumpulan etnik orang asal yang lain", tulis akaun tersebut.


Setelah diteliti di laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), beberapa  perkataan yang tersebar sebenarnya sudah berada dalam pangkalan data DBP.

Apa pun, jika benar perkataan-perkataan ini akan digunakan, sekurang-kurangnya ada usaha dari pihak bertanggungjawab untuk memperkayakan bahasa kita.

Jom Cicipan semua!!. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli