Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Editor Majalah Sokong Kegiatan LGBT Maut Ditetak



DHAKA: Seorang editor sebuah majalah yang menyokong hubungan sejenis seperti gay, lesbian dan dua hala (LGBT) telah ditetak hingga mati, semalam.

Menurut laporan BBC, editor berkenaan, Xulhaz Mannan dan rakannya, Tanay Mojumdar yang turut maut telah diserang oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai penghantar barang.

Suspek dikatakan memasuki flat yang didiami Xulhaz dan Tanay sambil membawa barang kononnya untuk dihantar sebelum menetak mangsa sehingga mati..

Kejadian berkenaan disaksikan oleh ibu Xulhaz dan pembantu rumahnya.

Sementara itu, cabang Al-Qaeda di Bangladesh, Ansar al-Islam telah tampil mengaku sebagai dalang kejadian tersebut apabila pertubuhan itu telah memuatnaiknya ke laman sosial milik mereka.

Kejadian berkenaan telah mendapat kecaman daripada organisasi kebajikan dunia, Amnesty International dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.

"Kejadian ini gagal digambarkan dengan perkataaan dan langsung tidak boleh dimaafkan," kata John hari ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli