Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dr Zakir Akui Sedih Dengan Sikap Sebilangan Orang Islam

No Comment


KUALA TERENGGANU, 12 Apr - Dr Zakir Naik melahirkan rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.

"Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan," katanya.

Pendakwah itu berkata, masalah besar bagi umat Islam adalah cenderung memperbesarkan perbezaan walaupun hanya melibatkan isu-isu yang kecil.

"Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan kita, umat Islam," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk The Importance of Unity Among The Muslim Ummah di sini, kelmarin.

"Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir ini," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Beliau berkata, perbalahan yang berlaku bukan sahaja melemahkan kekuatan Islam tetapi secara tidak langsung turut memberi gambaran negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain.

"Melihat apa yang berlaku, mereka percaya, itulah Islam sedangkan sikap-sikap yang negatif seperti itu bukanlah daripada ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Zakir berkata, perpaduan dalam kalangan umat Islam ketika ini bukan sahaja dilihat lemah, malah dalam keadaan berpecah belah dan mudah pula untuk tuduh menuduh antara satu sama lain, meskipun dalam perkara yang remeh-temeh.

Ceramah itu diadakan sempena Program Jelajah Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta pemimpin-pemimpin negeri lain.

Sebagai jalan penyelesaian kata beliau, umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran agama yang sebenar, tidak akan sesekali memperlakukan orang lain terutamanya saudara seagama dengan gelaran yang tidak baik, apatah lagi dengan melabel seseorang itu sebagai kafir.

Umat Islam ketika ini dilihat lemah kerana bukan sahaja sering mengkritik sesama sendiri, namun sanggup menggelar saudara seagama dengan gelaran yang tidak sewajarnya. Mereka amat mudah melakukannya. Sedangkan dalam al-Quran telah menjelaskan bahawa kita dilarang menggelar saudara seagama yang lain sebagai kafir. Saya menyeru semua umat Islam untuk kembali bersatu padu dan bergerak di atas ajaran Islam yang sebenarnya,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli