Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor, Hospital Diarah Bayar RM165,375



Shah Alam, 8 Apr: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mengarahkan seoran gdoktor dan sebuah hospital swasta di Petaling Jaya membayar sejumlah RM165,375 kepada seorang peguam kerana cuai ketika melakukan pembedahan pada 2012.

Keputusan itu dibuat Hakim Nursinah Adzmi dengan berkata, kedua-dua defenden; Dr. Fatima Najla KM Muhd dan Kelana Jaya Medical Centre Sdn Bhd, diarah membayar jumlah berkenaan sebagai ganti rugi am, ganti rugi khas serta teladan kepada plaintif, Noorziana Md Yusuf.

Katanya lagi, tuntutan kepada defendan pertama adalah ganti rugi akibat kecuaian ketika melakukan pembedahan 'caesarean' bagi melahirkan anak pada 6 Disember 2012 sehingga menyebabkan Noorziana mengalami komplikasi, kecederaan dan kesakitan.

"Plaintif mengalami masalah kebocoran air kencing dan faraj selepas pembedahan itu," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Noorziana memfailkan writ saman pada Januari 2015 menuntut rugi berikutan komplikasi yang dialaminya selepas menjalani pembedahan di hospital itu.

Didalam writ saman itu Noorziana mendakwa Dr. Fatima Najla cuai serta gagal mengendalikan pembedahan sebagai pakar sakit puan dan perbidanan serta tidak mengambil langkah berhati-hati ketika melakukan pembedahan.

Selain itu plaintif juga mendakwa hospital itu gagal memastikan pakar sakit puan yang terlibat mencapai standard yang tinggi serta gagal menyediakan kemudahan pakar urologi - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli