Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Seri Vida Sedang Intai Kelab Bola Eropah Berpontesi Untuk Dibeli


KOTA BHARU: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengakui dia kini mungkin akan mengikuti jejak langkah beberapa jutawan Malaysia seperti Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Dr Noordin Ahmad untuk membeli kelab bola sepak berpontesi Eopah, lapor Berita Harian.

Beliau yang lebih mesra dengan panggil Datuk Seri Vida (DSV) berkata, buat masa ini beliau seang menilai prestasi beberapa kelab berpontensi dari benua berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan muktamad.

Menurut DSV, niat berkenaan sebenarnya sudah lama disimpan dalam hatinya namun masih belum menemui pilihan sesuai di mana kelab yang bakal dipilihnya mampu memberi kesan besar terhadap arena bola sepak dunia dan Malaysia.

 "Saya sudah lama niat untuk membeli kelab bola sepak Eropah yang mempunyai potensi untuk dimajukan. Namun, saya perlu mengkaji terlebih dahulu dari segi kos dan pengurusan kelab terbabit. 

"Biarlah pilihan yang dibuat itu berbaloi dengan dana yang dilaburkan dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Sejak saya terbabit dengan dunia bola sepak, jiwa saya membuak-buak untuk menjadi antara yang memberi sumbangan besar kepada negara dalam sukan nombor satu ini," katanya.

Jika impian DSV berkenaan menjadi satu kenyataan, DSV akan menjadi wanita pertama dari negara ini memiliki kelab bola sepak Eropah selepas Vincent membeli Cardiff City, FK Sarajevo dan Kv Kortrijk, Tony (QPR) dan terbaru Dr Noordin yang melakukan kejutan dengan membeli kelab bola sepak Serie B Itali Bari FC 1908.

DSV juga memberitahu bahawa tujuan beliau mengadakan lawatan ke Madrid, Barcelona, Paris, London, Istanbul serta Mesir baru-baru ini adalah mengintai prestasi kelab dari liga negara berkenaan yang berpotensi serta mampu menambat hatinya.

Katanya, bukan senang untuk membuat pilihan itu kerana ia bukan saja menelan pelaburan jutaan ringgit, tetapi perlu memberi pulangan kepada dirinya sendiri.

"Setiap liga di negara yang dilawati masing-masing mempunyai kelebihan dan perbezaan. Kalau hanya memilih dengan 'membuta tuli' pasti memakan diri." 

"Walaupun hasrat itu mungkin tercapai, saya beri jaminan bahawa Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) tetap menjadi perhatiannya untuk dimajukan."

"Saya tidak sesekali tinggalkan PQPTRW meskipun sudah memiliki pasukan lain. Banyak lagi perancangan lain akan dibuat demi pembangunan bola sepak negara, cuma perlu menunggu masa untuk merealisasikan. 

"Walaupun niat saya pada awalnya hanya untuk membantu Kelantan, tapi kini saya mahu lakukan lebih daripada itu," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli