Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Muhammad Ibrahim Dilantik Sebagai Gabenor Bank Negara Yang Baru


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi dalam satu kenyataan mengumumkan Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016.

Perlantikan berkenaan atas nasihat Perdana Menteri itu telah diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Menurut Datuk Seri Najib, beliau yakin bahawa kepimpinan Datuk Muhammad Ibrahim di mana beliau akan meneruskan sumbangan dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan padangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara.

"Beliau juga akan mentadbir dasar monetari dan mengawalselia industri kewangan negara termasuk meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya," kata Perdan menteri dalam kenyataan akhbarnya dipetik dari Sarawak Edition.

Datuk Muhammad Ibrahim sebelum ini merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara yang telah disandang sejak 2010 di mana beliau merupakan pemegang sijil sarjana dari Universiti Harvard. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli