Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cubaan Bunuh Komando : 4 Anggota Tentera Diburu Polis



MELAKA, 18 Apr: Polis mengenal pasti empat suspek utama dalam kes cubaan bunuh seorang anggota komando Rejiman 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang disini yang ditemui cedera teruk di bahagian muka dengan tangan kanan digari pada kaki kiri di Sungai Timun, Lubuh China pada awal pagi semalam.

Setakat ini, polis masih giat memburu keempat-empat suspek yang menghilangkan diri dan dipercayai anggota tentera.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, pihaknya kini bekerjasama dengan tentera bagi mendapatkan maklumat mengenai punca dan motif kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai ditahan di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipukul teruk serta dipaksa untuk menaiki sebuah kenderaan. 

"Mangsa kemudian digari menggunakan gari buatan negara jiran dengan tujuan untuk membuangnya ke dalam sungai," katanya sebagaimana lapor BH Online.

BH sebelum ini melaporkan, Koperal Mohd Daud Karim, 26, ditemui penduduk kampung sebelum laporan polis dibuat.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya selepas menyelesaikan satu urusan di kem berkenaan, kira-kira jam 1 pagi. Kamaluddin berkata, mangsa yang menerima lebih 80 jahitan di kepala, muka dan bahagian mata akibat kecederaan teruk dipukul masih dirawat di Hospital Melaka.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli