Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buaya Gergasi Ditemui di Florida


Florida - Seekor buaya gergasi ditemui di Outwest Farms, sebuah ladang pemburuan buaya, di Okeechobee di sini oleh dua orang pemburu.

Menurut mereka, ia adalah buaya terbesar yang pernah dilihat, yang berukuran panjang hampir 15 kaki.

Buaya terbabit dipercayai hidup di dalam ladang tersebut dan memakan lembu di ladang terbabit.

Penemuan itu dikongsi oleh Outwest Farms di Facebook Pagenya yang menulis, "Lee Lightsey dan saya pergi berburu buaya pagi ini dan membunuh buaya yang paling besar pernah kami bunuh di dalam hutan. Ia berukuran hampir 15 kaki!! Tahniah kepada Chris dan Derek di atas raksaksa tersebut!!!". - Siakapkeli.my



Lee Lightsey, yang juga pemilik ladang tersebut dan Blake Godwin, seorang pembantu pemburu, menemui buaya itu di sebuah kolam yang dihuni lembu pada 2 April lalu.

Menurut mereka buaya itu dilihat memakan lembu-lembu di berdekatan kolam tersebut.

"Kami juga menemui banyak saki baki yang kami percaya adalah lembu di dalam kolam itu. Kami percaya ia (buaya itu) menyerang lembu-lembu kami ketika mereka datang minum", kata Godwin kepada WOFL.

Di ruangan komen posting gambar tersebut, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai. Ada yang terkejut, gembira malah ada juga yang marah dengan aktiviti mereka memburu buaya. - Siakapkeli.my
Lee Lightsey and I had the pleasure of doing a guided gator hunt this morning and killed the largest gator we have ever...
Posted by Outwest Farms, Inc. on Saturday, 2 April 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli